Art-is Klik??


Dunia fotografi sangat luas dan terlalu sukar untuk dirangkumkan dalam satu perkataan, namun sekiranya perlu maka MENGASYIKKAN merupakan perkataan yang tepat. Terlalu banyak subjek yang boleh diabadikan dalam pelbagai sudut dan penggayaan. Para penggemar sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit bagi memastikan mereka mendapat gajet terbaik untuk menghasilkan gambar yang menarik. Tidak hairan ada yang mampu menjana pendapatan dari satu klik sahaja.
Menyedari akan hakikat betapa peluang dalam bidang fotografi ini sangat luas maka kami mengambil keputusan untuk menubuhkan Art-Is Klik. Ini adalah manifestasi kesungguhan kami untuk memartabatkan dunia senifoto dan juga membuktikan bahawa bumiputera juga mampu bersaing. Biarpun bermula secara kecil-kecilan namun, idea dan cita-cita kami sangat tinggi. Tapi bak kata orang dahulu kala, berdikit-dikit akhirnya membukitkan hasil. Tiada apa yang perlu dikejarkan, tiada apa yang perlu dibanggakan sekadar memeriahkan dunia senifoto tanahair.
Buat masa ini kami menyediakan khidmat fotografi untuk akad nikah/majlis persandingan kedua-dua belah pihak pada harga berpatutan. Sekiranya anda berminat, sudikan menghubungi kami:

Rain 018 403 0917/012 429 1092
Jack 017 485 4142
Ikhwan 012 388 8617

atau e-mel ke artisklik@gmail.com

Anda boleh lawati laman alternatif kami di www.lensabahrein76.blogspot.com atau http://azilaphotos.blogspot.com

0 comments: