Ikatan kasih Nor Kasulria dan Megat Amirrudin





Pada 15 Mac 2009 bertempat di Taman Keladi, Sungai Petani telah termeterainya janji dua hati untuk disatukan antara Nor Kasulria dan Megat Amirrudin. Kami telah dijemput khas untuk mengabadikan saat-saat terindah pasangan mempelai tersebut. Alhamdulillah, layanan yang diberikan pihak pengantin kepada kami sangat baik dan kami terhibur sepanjang sesi penggambaran. Pihak mempelai juga sangat sporting untuk turut bergaya. Walaupun pada asalnya sesi penggambaran akan dijalankan indoor dan outdoor namun akibat keadaan yang tidak boleh dielakkan (hujan) penggambaran diteruskan di laman rumah sahaja.
Pada pihak keluarga pengantin kami ucapkan jutaan terima kasih atas kebaikan budi anda semua dan juga buat pasangan mempelai, Selamat Pengantin Baru moga berbahagia ke anak cucu!

0 comments: