Hah! mesti korang baca pelik je kan tapi itulah hakikatnya. Bulan Mei sudah hampir melabuh tirai. Bulan Jun pula sudah mengetuk pintu menunggu kehadirannya diraikan. Nak dijadikan cerita, cikgu-cikgu sekolah diberhentikan kerja seminggu (cuti le tu...), makin sakan le budak-budak berpesta joli katak!Dalam budak-budak ni sibuk bercuti, yang tak berapa budak(mak budak, pak budak dan sewaktu dengannya) mula nak merancang apa nak buat dalam minggu bercuti ni. Ada yang dah plan nak pergi bercuti la, balik kampung, shopping ala grand tapi yang pentingnya ada yang dah tak sabar nak membuang title bujang, dara, duda atau janda masing-masing. Almaklum la cuti sekolah apa nak buat lagi...kahwin la!Jadi, kami ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat berumahtangga kepada mereka yang terlibat sahaja. Yang teringin pasang cawangan baru, pastikan mendapat izin isteri! Bagi yang rasa nak hidup membujang tu, teruskan la aktiviti korang yang tak berfaedah tu...kahwin kan senang,kurang dosa kami pun murah rezeki!
Posted by
Art-is Klik
Wednesday, May 20, 2009
at
10:34 PM

Baru-baru ni, kami dapat projek kecil daripada Kelab Sukan MAS PENANG untuk mereka logo bagi kelab sukan mereka dan juga logo bagi pasukan bolasepak mereka. Walaupun tengah sibuk dalam proses editing gambar kahwin, namun sempat jugak le kami menunaikan permintaan mereka.
Posted by
Art-is Klik
Thursday, May 14, 2009
at
10:10 PM





Seawal pagi 2 Mei aku dan Rain berkonvoi ke Bertam untuk mengabadikan detik-detik terindah pasangan mempelai Khairul dan Fatimah bertempat di Paya Keladi, Kepala Batas. Sebenarnya, ini adalah tag along kami bersama Ikhwan (Azilahphotos). Beliau dengan berbesar hati menjemput kami bermalam di rumahnya disebabkan majlis pihak lelaki diadakan keesokkannya. Takkan le nak ulang alik kot mahu tercabut pinggang!Setelah sampai di rumah Ikhwan, kami berehat sebentar kerana majlis hanya bermula pada 2 petang. Sementara menunggu, kami sempat juga berbincang tentang shot-shot serta peralatan kamera. Isteri beliau yang baik hati menghidangkan kami dengan air blackcurrant yang ghau-ghau rasanya...Sesampainya kami di lokasi majlis, orang dah pun mula meramaikan keadaan. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik sibuk berbual sampai ada yang gelak besar. Entah apa la yang depa ni sembang, tuhan je yang tahu...Kami memulakan penggambaran dengan lancar walaupun suasana agak sibuk dengan mereka-mereka yang nak bergambar dengan pasangan pengantin. Raja dan ratu sehari pula sibuk bergaya atas pelamin. Rupanya garang jugak pengantin perempuan ni tapi garang manje ye! Gurau je...Kemudian cinta beralih arah ke kamar beradu...memang sporting si suami ni, si isteri pula yang malu-malu.Cadangnya nak buat sesi outdoor pula, tapi apakan daya hujan turun membasahi bumi....jadi kami ambil keputusan untuk meneruskan sesi penggambaran di sebuah rumah kosong bersebelahan rumah pengantin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.Buat pasangan Khairul dan Fatimah kami ucapkan Selamat Pengantin Baru, moga rezeki kalian bertambah murah dan berkekalan hendaknya hubungan suci ini hingga ke anak cucu!
Posted by
Art-is Klik
Tuesday, May 5, 2009
at
9:37 PM
Posted by
Art-is Klik
Monday, May 4, 2009
at
11:19 PM

Akhirnya setelah sekian lama menyepi, kami hadir kembali! Dua hari kebelakangan ini di Penang nampaknya Sang Suria seolah-olah sedang merintih, bagaikan seorang kekasih yang merajuk hati. Sukar untuk kami merasa sekelumit sinarnya menerjah ke pipi. Mega yang mendung dan hujan membasahi ketandusan bumi. Eh, siapa pula gerangannya di dalam gambar di atas? Si gadis dalam penceritaan imej pertama seakan-akan menanti kehadiran seseorang. Adakah hatinya sedang rindu? Keriuhan sekeliling tidak langsung diperdulinya. Entah apa yang bersarang di benak fikirannya?Jauh makcik ini merenung bagai mengenang kembali cerita-cerita lama sewaktu remaja dahulu. Ataupun makcik ini seorang perempit veteran?Benar bagai yang dikata, sekeping gambar itu mempunyai pelbagai sisi. Setiap orang boleh menafsir mengikut sudut pandang tersendiri. Kami cuma biarkan anda menelah dan membaca sendiri apa maksud tersirat disebalik gambar ini, kerna ada ceritanya yang bakal dipersembahkan nanti. Walau apapun, tunggu sajalah saatnya tiba...!
Posted by
Art-is Klik
Sunday, May 3, 2009
at
11:15 PM