Michael Jackson (Mikhael) meninggal dunia...


Salam semua...

Pada 25hb Jun 2009, dunia telah kehilangan sebutir permata seni yang sungguh hebat. Beliau merevolusikan dunia pop yang suram pada era 80an dengan turutan lagu-lagu yang mengasyikkan dan memecah sempadan baru dunia seni. Beliau yang dimaksudkan ialah Michael Jackson (atau nama Islamnya Mikhael Jackson) telah dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung. Walaupun terdapat kontroversi menyelubungi sebab utama kematiannya (ada yang mengatakan akibat cocktail dadah penahan sakit seperti Demerol dan Vicodin0, namun hakikat sebenar kemampuan Jackson menggegarkan dunia hiburan antarabangsa serta muziknya yang melangkaui batas sempadan warna kulit dan agama tidak dapat dinafikan.
Aku tak perlu nak mendetailkan sejarah hidupnya namun pada aku, Jackson merupakan insan hebat. Lihat sahaja video muziknya yang mendahului zamannya sendiri. Beliau juga terkenal dengan tarian moonwalk yang menjadi ikutan ramai pada era 90an. Walaupun terdapat pelbagai skandal dan kontroversi menyelubungi kehidupannya, namun sebagai orang Islam kita tidak perlu mengorek sejarah lampau beliau. Michael memeluk Islam bersaksikan abangnya Jermaine dan juga beberapa kenalan termasuk Yusuf Islam. Seandainya benar beliau memeluk Islam maka semoga Allah merahmati dan memaafkan segala dosanya....

Transformers:Revenge of The Fallen-spoiler alert!


Semalam aku berkesempatan untuk menonton sneak preview filem Transformers terbaru walaupun pada awalnya aku malas nak pergi, tapi setelah didesak oleh member2, aku ikut je...tiket free!Jadi sape2 yang bercadang nak pergi menonton aku cadangkan untuk tidak membaca post ni sampai habis..
Cerita bermula dengan menunjukkan klip bagaimana kewujudan Transformers di bumi seawal kewujudan manusia dengan kehadiran 7 buah transformers terawal iaitu Prime bersaudara. Mereka membina sebuah mesin untuk menjana energon dari tenaga matahari, namun salah satu daripada 7 Prime (macam ultraman bersaudara plak bunyinya!) berniat jahat untuk menghancurkan bumi ini, lalu Prime yang lain menewaskannya dan bersepakat untuk menyembunyikan matrix of leadership iaitu kunci mesin tersebut bersama makam mereka. Prime yang menderhaka iaitu The Fallen bersumpah suatu hari nanti dia akan kembali.
Sector 7 telah dibubarkan dan digantikan dengan NEST iaitu gabungan askar seluruh dunia bersatu dengan Autobots mencari dan memusnahkan saki baki Decepticons yang diketuai oleh Mejar Lennox(Josh Duhamel) dan Optimus Prime. Sam(Shia LeBouf) pula mendapat tawaran ke kolej dan terpaksa meninggalkan Bumblebee. Namun secara tidak sengaja dia terjumpa serpihan Allsparks dan menyerap segala maklumat didalamnya beserta peta lokasi terletaknya matrix dan mesin tadi.
Sam yang tidak lagi berminat untuk menyertai perjuangan Autobots akhirnya terpaksa berbuat demikian setelah Optimus Prime mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Sam. Maka bermulalah pengembaraan Sam dan Mikaela(Megan Fox) untuk mencari matrix yang mampu menghidupkan Optimus kembali.
Berjayakah beliau?

Percubaan Nokia N95




Hehe...sebenarnya gambar-gambar ni aku ambil lame dah tp saje je nak buat percubaan dengan Nokia N95 aku ni...ye la kan takkan nak usung kamera 24 jam kot...kot-kot kalau ada scene menarik leh ngan seberapa pantas aku leh guna phone camera nih...

Hasad dengki...bahayanya!

HASAD DENGKI DAN IRI HATI

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

  • Buruk sangka

  • Hasad dengki

  • Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

  • Risau hati yang tak putus-putus

  • Bala yang tidak berpahala

  • Tercela yang tidak baik

  • Dimurka Allah s.w.t.

  • Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

  • Pemerintah kerana zalim

  • Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)

  • Kepala desa kerana sombong

  • Pedagang kerana kianat

  • Orang dusun kerana kebodohan

  • Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:

  • Orang yang makan haram

  • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)

  • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin

Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:

  • Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

  • Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.
    Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:

  • Jika bertemu harus diberi salam

  • Jika mengundang harus didatangi

  • Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)

  • Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah

  • Jika sakit harus diziarah

  • Jika mati harus dihantar jenazahnya

Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain

  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"

  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

  • Dia membantu kepada iblis laknatullah

Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

Janji Setia Masriah dan Firdaus






Dalam musim cuti sekolah yang lalu (sori aku lupe plak tarikh die) kami telah diberikan amanah untuk mengabadikan detik2 indah kenangan manis sepasang mempelai Masriah dan Firdaus bertempat di Kuala Kedah. Kami (aku dan Rain) telah mengikut rombongan pengantin lelaki ke tempat tersebut. Perjalanan kami sungguh berliku macam masuk pertandingan rally motosikal hehe, namun keindahan saujana hijau sawah padi memadamkan segala keletihan kami. Apapun enjoy tengok gambar2 sepanjang majlis tersebut...

The Rule of Thirds

Thanks to silverlight

One of the most popular 'rules' in photography is the Rule Of Thirds. It is also popular amongst artists. It works like this:
Imaginary lines are drawn dividing the image into thirds both horizontally and vertically. You place important elements of your composition where these lines intersect. I've even made a little diagram for you (fig 1).

As well as using the intersections you can arrange areas into bands occupying a third or place things along the imaginary lines. As you can see it is fairly simple to implement. Good places to put things; third of the way up, third of the way in from the left , you get the idea. Duff places to put things; right in the middle, right at the top, right at the bottom, away in the corner.

Using the Rule of Thirds helps produce nicely balanced easy on the eye pictures. Also, as you have to position things relative to the edges of the frame it helps get rid of ' tiny subject surrounded by vast empty space' syndrome.
One last thing about the Rule of Thirds for the time being. Once you have got the hang of the Rule of Thirds you will very quickly want to break it ! This is fine. As I said earlier these 'rules' are best used as guidelines and if you can create a better image by bending or ignoring rules then fire away.

The Rule of Thirds is fairly structured but there are a great many methods you can employ which rely on your ability to 'see' things and incorporate them into your composition. Next up we will look at some, but by no means all, of them.

Komposisi dalam Fotografi

Ini dicopy dari napiephotography anyway thanks!

Komposisi diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini merangkumi garis, shape, form, warna, terang dan gelap.Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berkarya dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu mengatur sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, adakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan diam atau sesuatu yang mengejutkan atau berbeza. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penyusunan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau kehebatan subjek dibandingkan dengan persekitarannya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.

Secara keseluruhan, komposisi klasik yang baik memiliki keseimbangan yang baik. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna gelap. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila diperlukan mungkin anda akan memerlukan komposisi anda seluruhnya secara simetri. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamik dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembahagi biarpun itu vertikal.

Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesahkan adanya suatu gerakan.

  • Garis
    Fotografer yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting samada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.


  • Shape
    Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk pada inti, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu banyak. Kontras ini terjadi akibat daripada perbezaan gelap terang atau perbezaan warna.
    Sebuah shape sudah tentu tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mempunyai dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar.

  • Form
    Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, form diperlukan untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari bentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.

  • Tekstur
    Sebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol adalah merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisasi pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda.
    Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berzeda. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya semasa ingin merakam tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula masa dimana kita harus mengulangi kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu.
    Merakam tekstur dianggap berhasil bila perakam dapat menghubungkan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.

  • Pattern
    Pattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi perhatian utama. Keberadaan pengulangan itu menimbulkan kesan harmoni dalam gambar. Tapi jika terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.
    Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut viewfinder kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

Dengan mempelajari prinsip-prinsip komposisi di atas, berikut ini adalah beberapa jenis yang dapat anda gunakan :

  • Rule of thirds
    Bayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum.
  • Format : Horizon atau Vertikal
    Proporsi empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan rakaman dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan efek berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada viewfinder secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik.
  • Keep it simple
    Dalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat rumit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin banyak subjek sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Cuba memfokus hanya pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tarikannya.
  • Picture scale
    Sebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan rakaman landscape atau monument, kembangkan daya tarikan perakam dengan menambahkan objek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala.
  • Horizontal
    Mengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan polos terbuka dan lebar tapi bila langit hanya ditinggalkan sedikit di bahagian atas gambar, akan timbul kesan penuh.
  • Leading Lines
    Garis yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintasi gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk :
    Garis-garis yang terlihat secara fizik contohnya garisan jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi.
  • Be different
    Barangkali ada sudut lain yang dapat diambil selain sudut dari depan dan merakam paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan efek yang menarik.
  • Colour
    Membuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk mendapatkannya adalah memperoleh subjek yang warna atau tone nya berbeza secara radikal dengan background.
  • Framing
    Bila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuhkan frame dengan subjek. Samada dengan cara menggunakan lensa dan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subjek.
  • Shooting position
    Ketika kita merasa bosan dengan komposisi yang sama, cubalah mengubah sudut pandangan sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan sudut dari atas atau bawah dari subjek.
  • Number of subject
    Merakam dengan banyak subjek yang relatif seragam kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang ‘berbeza’ diantara kebanyakan subjek tersebut. Berbeza diertikan sebagai berbeza gerakan, bentuk dan warna.

Ikatan Cinta Rizwan dan Nuratikah






Pada hari Sabtu yang lalu (6 Jun 2009), kami dengan rasa bangganya telah diberikan penghormatan untuk merakamkan detik-detik sejarah pasangan mempelai Rizwan dan Nuratikah di Batu Maung, Pulau Pinang. Alhamdulillah cuaca pagi tu pun nampak cantik dan bersinar-sinar mentari menerangi pemandangan. Walaupun begitu, kami agak-agak konfius kerana di sepanjang perjalanan tersebut, ada lebih kurang 4 majlis perkahwinan dan lebih malang Rain terlupa lokasi sebenar majlis. Kami terpaksa berhenti sebentar lalu mula bermain tikam kenduri, dan nasib baik tikaman tu mengena. Kalau tidak, alamat muka malu la...
Setelah berkenalan dengan tuan rumah, kami pun menunggu pasangan mempelai untuk tiba dari Sg. Petani. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak setelah 2 kali tersilap teka kereta pengantin. Kami pun memulakan sessi menembak pengantin (haaa bukan tembak guna senapang, mau masuk jel!) dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sessi outdoor pasangan mempelai memilih lokasi Teluk Tempoyak untuk mengabadikan detik bersejarah mereka. Dengan mengenakan sepasang persalinan berona hitam bersulam emas, pasangan pengantin tanpa segan silu bergaya sakan untuk kami..
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami menamatkan sessi pada pukul 6. Pasangan pengantin memang sporting terutamanya Nuratikah yang memang sempoi! Apapun selamat melayari bahtera perkahwinan dna moga-moga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu!

Filem terbaru 2010




Kali ini kami akan membawakan 2 buah filem terbaru karya anak tempatan yang berkolaborasi dengan produksi antarabangsa. Pertama sekali sebuah filem komedi ringan arahan Jusry KURA yang merupakan sinambungan 2 filem sebelumnya iaitu MR. CINDERELLA 3.5. Filem ini mengisarkan tentang sepasang kekasih yang bertengkar setelah si hero kehilangan selipar akibat dicuri oleh buah hatinya. Lebih malang, selipar jamban pink miliknya itu telah dicuri pula oleh orang lain. Maka bermulalah episod pencarian selipar tersebut. Adakah cinta mereka kembali bertaut? Saksikan saja filemnya.
Filem kedua merupakan sebuah filem aksi bertajuk TAC-OPS Malaysian Chapter version 2. Filem arahan Prof. Bajak Mohidey ini berpaksikan perjuangan seorang bekas jaga supermarket yang cuba membalas dendam akibat dibuang kerja setelah didapati bersalah mencuri berus jamban yang dioffer sempena Jualan Akhir Tahun. Bagaimana kesudahannya? Saksikan saja.

Perjalanan yang jauh...

Mentari pagi Ahad bening memancarkan sinarnya, tanda bermulalah satu lagi hari dalam tahun ini. Alangkah indahnya kehidupan pabila kulit ini dipanah sinar lembut mentari. Kesejukan hawa dhuha seakan-akan cuba menggodaku untuk terus melabuhkan diri melayari mimpi tertangguh namun demi menggalas sebuah harapan, aku menepis enak nafsu godaan mimpi untuk ku melayari sebuah lagi hari.
Bersama Rain, aku menjejaki sebuah perjalanan penuh liku. Aku sendiri tidak pasti sejauh mana sanggup aku gagahi dan aku juga pasti Rain pasti mengangguk tanda setujunya, namun atas nama minat kami harungi desiran bayu pagi.
Lega rasanya pabila kaki menjejak tanah setelah 1 jam jauhnya perjalanan. Mesra mereka menyambut kami kembali menghilangkan rasa kepenatan yang mencengkam. Namun setelah memulakan perjalanan kembali, episod ngeri bermula.Entah bagaimana dalam kealpaan dan keasyikan menikmati hijau saujana bumi, kami tersasar jauh dari matlamat sebenar. Kerisauan mula menginjak hati kami, serasanya kami sudah kehilangan arah. Namun syukur, jalan kami dipermudahkan Yang Esa...
Andai kamu terasa peritnya kehidupan ingatlah kamu sekadar diuji. Andai kamu mahu mengalah, ingatlah tiada kebanggaan dalam ketewasan. Sekiranya kamu tersungkur dipertengahan dan tewas, ayuh bangun dan tamatkan larian kerna tiada yang puas pabila mencapai titik penamat. Bayangkan dunia penuh warna, tinggalkan kekelaman jiwa. Taburkan hatimu dengan kasih sayang dan bongkarkan akar-akar hasad. Pohonkan keimanan dalam dada, bungakan kesyukuran di lisan dan berbuahlah kejayaan dalam amalan,sentiasa sirami dengan keikhlasan dan bajailah dengan ketakwaan, moga-moga USAHA mu itu beroleh barakah dan kejayaan!

Eh, penggambaran iklan ke?...




Haa...mesti korang pelik kan? Takkan kami dah melibatkan diri dalam shooting drama ke...tapi harap maklum ye, ni bukan Program Anak Wayang Astro. Kami sebenarnya saje je ambik gambar ni buat2 kenangan lagipun bukan selalu nak melepak tepi pantai kan. Apa yang kami buat kat sini? Ala cuti-cuti sekolah nak buat pe lagi, merayau le tapi kan sebenarnya...hmm nak tahu tunggu je la!

Wajah menarik di resepsi






Ahad lepas aku dan Ikhwan telah menggagahkan diri menghadiri majlis resepsi Hafiz dan Noni bertempat di Teluk Kumbar..aku cuma ikut je memandangkan ini job Ikhwan, makan free sape tanak kan! Kalau korang nak tengok lebih lanjut lawat je link Azila Photo di sini...yang aku nak tunjuk di sini keindahan pemandangan di Teluk Kumbar je.

Cinta Shahril & Shafizah





Ahad lalu, Rain telah diberikan tugas untuk mengabadikan kenangan terindah sepasang kekasih mabuk bercinta yang telah pun menjalinkan janji setia untuk bersama melayari bahtera perkahwinan hingga ke akhir hayat. Walaupun ini adalah job Indah Pandang namun saudara Rain diberikan job memandangkan mereka juga ada job...so enjoy!