Michael Jackson (Mikhael) meninggal dunia...


Salam semua...

Pada 25hb Jun 2009, dunia telah kehilangan sebutir permata seni yang sungguh hebat. Beliau merevolusikan dunia pop yang suram pada era 80an dengan turutan lagu-lagu yang mengasyikkan dan memecah sempadan baru dunia seni. Beliau yang dimaksudkan ialah Michael Jackson (atau nama Islamnya Mikhael Jackson) telah dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung. Walaupun terdapat kontroversi menyelubungi sebab utama kematiannya (ada yang mengatakan akibat cocktail dadah penahan sakit seperti Demerol dan Vicodin0, namun hakikat sebenar kemampuan Jackson menggegarkan dunia hiburan antarabangsa serta muziknya yang melangkaui batas sempadan warna kulit dan agama tidak dapat dinafikan.
Aku tak perlu nak mendetailkan sejarah hidupnya namun pada aku, Jackson merupakan insan hebat. Lihat sahaja video muziknya yang mendahului zamannya sendiri. Beliau juga terkenal dengan tarian moonwalk yang menjadi ikutan ramai pada era 90an. Walaupun terdapat pelbagai skandal dan kontroversi menyelubungi kehidupannya, namun sebagai orang Islam kita tidak perlu mengorek sejarah lampau beliau. Michael memeluk Islam bersaksikan abangnya Jermaine dan juga beberapa kenalan termasuk Yusuf Islam. Seandainya benar beliau memeluk Islam maka semoga Allah merahmati dan memaafkan segala dosanya....

0 comments: